Makluman@MyWarung

Mai la jenguk² server IRC kami, irc.mywarung.com. Anda boleh berbual-bual secara maya, membuat pindah turun MP3 dan juga bermain menjawab soalan kuiz dan UNO.
 

Pilihan untuk anda yang meminati lagu² retro. Dengarkan Warung Lagenda, radio pertama dari komuniti MyWarung. Kebanyakannya memutarkan lagu² hit retro dari tahun 1960 - 2005. Klik sini untuk dengar (pastikan aplikasi winamp telah tersedia di komputer anda)

 
powered_by.png, 1 kB

Laman Utama
Selamat Datang Ke Komuniti MyWarung
Selamat Datang ke Komuniti MyWarung
Written by Web Master   
Saturday, 12 June 2004

Syukur ke hadrat allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya maka web ini dapat disiapkan dengan sempurna, terima kasih tidak terhingga  kepada semua admin yang terlibat dalam web dan irc. Untuk pengetahuan anda semua Komuniti MyWarung ini ialah kesinambungan dari Warung_THR.Fm yang mana web dan server IRC telah ditutup. Dan atas kata sepakat dari sebilangan para sahabat lama yang masih aktif di dalam IRC telah menghidupkan kembali Komuniti MyWarung ini dan inilah hasilnya, Komuniti Mywarung bersama saluran radio internet iaitu Warung Lagenda.

Kata orang "jika tidak pecahkan ruyung mana nak dapat sagunya" kata-kata ini memang benar, dimana kami telah mencuba untuk menghidupkan tiga siaran radio online lain dari yg lain, siaran radio kami hanya boleh didengar di internet sahaja dan apa yang pastinya Radio Lagenda ini mempunyai keistimewaannya tersendiri iaitu 70% memutarkan lagu-lagu dari tahun 1970 hingga ke 2007 dan 30% hanya lagu-lagu yang terbaru (dari tahun 2007 hingga kini). Kami bukan hendak bersaing dengan mana-mana radio internet yang lain tetapi kami hanya ingin mengembalikan nostalgia lama agar tidak hilang ditelan arus semasa dan seterusnya ingin memberi pilihan kepada pengguna internet dalam memilih radio yang mereka ingin dengar.

RADIO WARUNG LAGENDA
Retro Melayu, Retro Inggeris, Akademi Fantasia & Muzik Dunia
  

Senarai 25 Lagu Yang Telah Disiarkan

Radio kami hanya boleh didengari dengan salah satu daripada aplikasi berikut sahaja:-
Winamp 5.x ke atas
Real Player 11.x ke atas
Screamer
Klik sini jika anda tiada aplikasi yang disenaraikan.

Last Updated ( Friday, 01 January 2010 )
 

Sumbangan@MyWarung

Sumbangan yang telah diterima untuk Komuniti MyWarung bagi Bulan Disember 2009 adalah RM30. Terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan. Semoga rezeki anda dimurahkan sentiasa oleh Allah swt. Jika anda ingin memberi sumbangan, klik Hubungi Kami.
 

Undi@MyWarung

Online@MyWarung

© 2010 Laman Web Rasmi Komuniti MyWarung
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.