March 10 2010 10:53:46
Navigation
· Home
· Jom Chat
· Blog MyWarung
· Radio MyWarung
· Senarai DJ
· Autorun
· Kenapa Mesti Dengar?
· Keputusan Undian
· Webmail MyWarung

· Artikel
· Muat Turun
· Forum
· Pautan Lain
· Kategori Berita
· Hubungi Kami
Users Online
· Guests Online: 1

· Members Online: 0

· Total Members: 6
· Newest Member: rMizi
Latest Articles
· WiMAX vs 3G
· Celcom Broadband VS ...
· Faedah Melayari Inte...
Member Poll
Telco pilihan anda.















You must login to vote.
Welcome
Selamat datang ke laman web rasmi Komuniti MyWarung

Syukur ke hadrat allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya maka web ini dapat disiapkan dengan sempurna, terima kasih tidak terhingga  kepada semua admin yang terlibat dalam web dan irc. Untuk pengetahuan anda semua Komuniti MyWarung ini ialah kesinambungan dari Warung_THR.Fm yang mana web dan server IRC telah ditutup. Dan atas kata sepakat dari sebilangan para sahabat lama yang masih aktif di dalam IRC telah menghidupkan kembali Komuniti MyWarung ini dan inilah hasilnya, Komuniti Mywarung bersama saluran radio internet iaitu Warung Lagenda.

Kata orang "jika tidak pecahkan ruyung mana nak dapat sagunya" kata-kata ini memang benar, dimana kami telah mencuba untuk menghidupkan tiga siaran radio online lain dari yg lain, siaran radio kami hanya boleh didengar di internet sahaja dan apa yang pastinya Radio Lagenda ini mempunyai keistimewaannya tersendiri iaitu 70% memutarkan lagu-lagu dari tahun 1970 hingga ke 2007 dan 30% hanya lagu-lagu yang terbaru (dari tahun 2007 hingga kini). Kami bukan hendak bersaing dengan mana-mana radio internet yang lain tetapi kami hanya ingin mengembalikan nostalgia lama agar tidak hilang ditelan arus semasa dan seterusnya ingin memberi pilihan kepada pengguna internet dalam memilih radio yang mereka ingin dengar.


RADIO WARUNG LAGENDA

Retro Melayu & Retro Inggeris
  

Senarai 25 Lagu Yang Telah Disiarkan

Radio kami hanya boleh didengari dengan salah satu daripada aplikasi berikut sahaja:-
Winamp 5.x ke atas
Real Player 11.x ke atas
Screamer
Klik sini jika anda tiada aplikasi yang disenaraikan.

Pengakuan Mangsa Samseng Cilik
NewsKUALA LUMPUR: “Saya dipijak, diheret dan ditendang tanpa belas kasihan lebih 30 minit. Tidak cukup dengan itu mereka juga menyeluk payudara saya,” kata Salmah Salleh, 57, menceritakan detik cemas dia disamun dua lelaki diketuai kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di rumahnya di Bandar Tun Razak di sini, Jumaat lalu.

Menurut Salmah, tindakan keji itu mungkin dilakukan kerana kedua-dua suspek beranggapan dia menyimpan wang di situ.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 12.30 malam, dia berseorangan di rumah kerana anak perempuannya, Asmawati Abu Bakar, 33, keluar membeli makanan di kedai berhampiran.


“Pada mulanya, mereka berdua berulang kali menjerit di hadapan pintu rumah sambil meminta wang daripada saya. Mereka mendakwa cucu saya berhutang dengan mereka sebanyak RM200.


“Saya yang ketakutan kemudian mengarahkan mereka datang semula keesokan harinya kerana ketika itu sudah lewat malam,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurut Salmah, kedua-dua suspek kemudian memecahkan pintu rumah sebelum mengugutnya supaya menyerahkan barangan berharga kepada mereka.


Tersentak dengan itu, mangsa memarahi kedua-dua suspek sebelum dia diserang.


Salmah berkata, kanak-kanak itu memegang dan cuba menyeluk bahagian sulitnya dipercayai untuk mendapatkan wang.


“Terkejut dengan tindakan itu, saya menampar suspek, namun rakannya berusia 20-an mula campur tangan dengan menolak saya hingga terjatuh.


“Kanak-kanak itu kemudian memijak kepala saya manakala rakannya itu menendang badan. Walaupun merayu mereka terus membelasah tanpa belas kasihan kira-kira 30 minit,” katanya.


Salmah yang tidak tahan dibelasah kemudian menjerit sekuat hati menyebabkan kedua-dua suspek panik dan melarikan diri.


Mangsa juga terpaksa mengheret tubuhnya sejauh lima meter untuk mendapatkan telefon sebelum menghubungi Asmawati kerana tidak boleh bangun disebabkan kaki kirinya patah.


Beberapa minit kemudian, anak perempuannya muncul dan bergegas membawa ibunya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan susulan.
Samseng Cilik
NewsKUALA LUMPUR: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun layak digelar ‘gengster cilik’ apabila dia bukan saja nekad menyamun warga emas yang juga nenek kepada rakannya, malah sanggup membelasah mangsa sehingga patah kaki.

Difahamkan, suspek melakukan perbuatan kejam itu bersama seorang lagi rakannya berusia awal 20-an di rumah mangsa di Bandar Tun Razak, di sini.

Penipuan Perbankan Internet
NewsMASALAH penipuan perbankan Internet yang semakin berleluasa perlu mendapat perhatian dan ditangani bersama semua pihak.

Hal ini merujuk tanggungjawab sebenar tidak hanya terletak di bahu kerajaan atau institusi kewangan semata-mata tetapi perlu ada kesedaran daripada pengguna itu sendiri.
Celcom Catat Pertumbuhan Suku Tahunan Kali Ke-13 Berturut-turut
NetworkKUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Perolehan Celcom (Malaysia) Bhd melonjak 12 peratus kepada RM1.544 bilion pada suku kedua 2009 daripada RM1.374 bilion pada suku yang tahun lepas.
Pakej internet lebih murah
NetworkKUALA LUMPUR, 7 Mac - Semua syarikat pengendali rangkaian jalur lebar diberi tanggungjawab mengkaji pengenalan pakej yang lebih murah bagi mengurangkan beban rakyat dan meningkatkan kadar penembusan Internet di kalangan isi rumah.
Flash Clock
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Shoutbox
You must login to post a message.

09/03/2010 19:54
erkk..aisey..bukan
design la..theme web ni..cantikk..

08/03/2010 21:13
Congrats. Cikgu...nampak berseri sket web ni...tahniah cikgu... Grin

08/03/2010 17:34
hehehe...nothing..
.kesengalan melanda.... Wink

08/03/2010 05:40
uiks? what happeng puteri?

07/03/2010 17:46
Dush Dush...heyaaaaaaaa
a....watchaaaaaaaa
aa....adeyyy... Shock

07/03/2010 12:08
aik? cik dayang pun ada sini? hehe...tq tq kerana sudi singgah... Cool

07/03/2010 12:06
mmg menarik,, gud job!

07/03/2010 11:58
suka tuuu sbb dah design dia terpampang luas kat muka depan web ni... Wink

07/03/2010 11:35
uiks?kekeke...adoi
ii..memang syamil suka laman web ni sbb cantik..hehe...

07/03/2010 01:57
wasalam...rumet ada lagi ni...tp dah hujung2 dah ni...hehe

Forum Threads
Newest Threads
No Threads created
Hottest Threads
No Threads created
Render time: 0.11 seconds 340 unique visits